Rabu, 16 Mac 2011

Radiasi tak sampai ke Malaysia kot…

Sekarang nie semua orang tengah risau samada radiasi dari reactor nuclear Jepun yang bocor akibat tsunami baru-baru nie akan effect negara kita. Walaupun jarak antara Jepun dengan Malaysia (Sabah paling dekat ) lebih kurang 5000 km tapi macam biasalah, rakyat kita tetap risau jugak.

Ok gak perasaan risau tu , pada aku itu risau yang sihat. (Ada tak term tu?) . Walaubagaimanapun InsyaAllah aku rasa radiasi tu takkan  sampai ke negara kita sebab kadar kebocorannya tak seteruk macam tragedi Chernobyl dulu. Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, kecoh dalam tv dan suratkhabar pasal tradegi tersebut. Kesannya memang teruk. Ramai baby 2 di Ukraine yg dilahirkan cacat. Nauzubillah.

 Setakat nie apa yang berlaku kat Jepun rasanya tak seserius di Chernobyl tapi wajar pihak Jepun dan negara2 yang berdekatan berjaga2.

Apa ikhtibar yang Malaysia boleh belajar? Ok, kalo tak silap ada cadangan negara kita nak guna kuasa nuclear. Kuasa nuclear nie lebih jimat berbanding tenaga lain  so kalo nak buat jugak pastikan aspek keselamatan diberi keutamaan utama. Dan kalo nak buat2 buatlah jauh2 sikit dari kediaman manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan