Selasa, 22 Mac 2011

Perang di Libya..siapa jadi mangsa?

Dua hari lepas, negara-negara Eropah dan US bersatu  dan menyerang Libya . Negara-negara ini menyerang Libya atas alasan tentera Libya membunuh sebahagian rakyatnya  yang memberontak terhadap pemerintahan Muamaar Gadafi yang telah memimpin Libya selama lebih kurang 40 tahun.

Adakah Libya dan Muamar Gadafi akan menemui nasib yang sama seperti Iraq dan Saddam Hussein?
Dalam kes Iraq, Negara tersebut diserang atas alasan mempunyai senjata pemusnah besar-besaran ( weapon of mass destruction) yang akhirnya didapati tidak berasas. Hasil penemuan ini diperolehi selapas beribu-ribu rakyat dan tentera Iraq terbunuh oleh  beberapa tentera Negara barat yang diketuai oleh US.

Walaubagaimanapun dalam kes Libya, Negara barat mempunyai justifikasi yang lebih ‘mudah’ kerana sebahagian rakyat Libya sendiri menentang perintah Muamar Gadafi. Marilah kita doakan saudara2 kita yang terbersalah di Libya selamat dan dilindungi dari segala kesusahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan