Isnin, 14 Mac 2011

Karak- baru je puji KRU sekarang nak kutuk pulak...

First of all sebelum hangpa ingat blog nie macam blog movie review je sebenarnya hangpa silap..... Aku sebenornya tengah cuti so bila ada masa free dok tengok wayang and cd2 movie.

Baru-baru ini aku puji KRU sebab buat cite Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) tapi la nie aku nak 'balon' depa sebab ambil langkah kebelakang dengan buat cite hantu - 'Karak'.

KRU kata cite nie menelan belanja RM1.3 juta dan akan keluar panggung 26th May 2011. Citenya pasal lagenda sepanjang Karak Highway. Source: nst.com

Aku paling tak suka cite hantu sebab macam aku kata sebelum nie, cite hantu tak bagi apa2 faedah. Biasanya kalo aku pi tengok tv/movie aku nak tengok cite yang merangsang minda or merehatkan minda ( cite 2 lawak) but cite2hantu nie langsung tak merangsang minda atau merehatkan minda. Bikin stress adalah!

Cite2 hantu nie menyebabkan budak2 jadik takut. Orang besor pun sama. Pernah satu masa dulu staf aku takut nak naik lif sorang2 lepas waktu pejabat (5PM) sebab 'penangan' cite hantu Korea ke Jepun ( dah lupa). Kalo tak silap tajuk nya The Ring. Cite tu ada babak hantu dalam lif, jadi dia pun takut nak naik lif sorang2!

Bebalik kepada KRU. Awatlah hangpa buat cite hantu. Buatlah cite epik ke animasi ke, kan ke ok. Taulah sekarang nie tengah 'musim cite hantu' tapi hangpa jadik lah lain daripada lain.

Aku percaya selepas cite Karak nie, org2 Melayu akan jadi takut nak pi Karak atau ikut jalan lama kat Karak. Silap2 org Karak pun pakat pindah ramai2. Harga rumah dan property kat Karak jadi jatuh. Hehehe macam pakar ekonomi pulak aku ye.

Kalo tak silap aku, dulu masa takdak highway, Pekan Karak tu maju tapi bila dah ada highway pekan tu jadi pekan mati. Agaknya KRU cuba tarik perhatian balik kat Pekan tu kot? ..entahlah...

Anyway jangan harap aku nak tengok cite nie..bagi free pun tak mau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan