Isnin, 14 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa ok tapi banyak pelakon kurus keding + boroi !

Semalam aku tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) kat Skudai, Johor. Apahal jauh sangat tengok sampai kat JB? sebabnya aku bercuti (cuti sekolah), so balik kampung mentua bersama keluarga.

Dah ber tahun aku tak tengok cerita melayu kat wayang tapi kali ni aku 'terpanggil' untuk tengok balik cerita melayu sebab aku rasa buat pertama kalinya (setelah berpuluh tahun) orang melayu mula buat cerita yang 'menarik' selain daripada cerita cinta2, cerita lawak bodoh, cerita syok sendiri dan lately cerita 2 seram.

Yang paling aku bosan sekali cerita seram sebab cerita macam nie tak merangsang atau merehatkan otak langsung. Lagi satu cerita2 macam nie buat orang melayu ( besor dan kecik) jadi penakut yang bukan2.

Orang putih dan bangsa lain jarang2 buat cerita nie sebab diorg tau tak merangsangkan kepala otak atau pun at least merehatkan otak ( melalui cerita2 lawak) tapi cerita seram nie menjadikan kita semakin kolot dan otak stress - sebab takut hantu - BODOHHHH

Anyway balik kepada (HMM). Aku pergi tengok sebab pertamanya aku minat jugak sejarah, jadi bila ada orang macam Yusry - KRU buat cite macam nie aku rasa bangga sebab walaupun dia bukan Profesor, tapi dia ada inisiatif nak buat cerita2 sejarah yang boleh merangsang minda.

Aku tak nak komen banyak mengenai cerita nie tapi aku bagi 3 star out of 5.

Perkara-perkara yang aku rasa perlu ditambahbaik untuk masa akan datang kalo nak buat cite2 macam nie ialah:-

i. pilihlah pelakon2 askar  tambahan yang badan sasa2 sikit!

- dalam HMM banyak  askar2 Garuda dan Merong yang kurus2 keding ( macam mat dadah) dan kalo yang besor perut buncit! apa la! kalo ya pun pakaikan lah diorg baju ..boleh lah cover sikit tulang2 yg timbul dan perut yang boroi.

Dalam cite tu askar2 Laksamana China dan Rom nampak gagah sebab diorg pakai uniform ( baju besi) so nampak segak sikit - walaupun badan diorg mungkin kurus dan boroi jugak!

ii. Babak berlawan tanpa senjata diorg mungkin boleh diperbaiki sebab kurang real kecuali bab tikam2 memang nampak real sebab nampak pisau tembus badan. Bab gaduh tanpa senjata boleh tiru macam cerita Thailand - ong-bak!

All in all..still an excellent effort by KRU and goverment! Way to go!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan