Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian buat lawak tak kena tempat


Berita Harian baru-baru ini telah memaparkan sebuah kartun (lihat diatas) yang kelihatan jelas "mempersenda" bencana tsunami yang melanda negara Jepun baru-baru ini.

Dalam keadaan negara tersebut sedang dalam keadaan dukacita dengan ramai rakyatnya yang mati akibat gempa dan tsunami, ada insan dan organisasi dinegara kita yang 'sepatutnya' kelihatan intelektual telah  mengeluarkan kartun seumpama ini. Apa nak jadilah ....

Kalau kumpulan Senario yang buat lawak bodoh macam nie aku takdelah pelik sangat walaupun aku tak setuju sebab mereka nie memang suka buat lawak bodoh. Tapi kalo sebuah akhbar utama tempatan buat camnie...entahlah...tak tau apa nak kata.

Berita Harian dah mohon maaf tapi aku rasa still tak cukup ...

Janganlah buat lawak camnie lagi ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan