Selasa, 22 Mac 2011

Perang di Libya..siapa jadi mangsa?

Dua hari lepas, negara-negara Eropah dan US bersatu  dan menyerang Libya . Negara-negara ini menyerang Libya atas alasan tentera Libya membunuh sebahagian rakyatnya  yang memberontak terhadap pemerintahan Muamaar Gadafi yang telah memimpin Libya selama lebih kurang 40 tahun.

Adakah Libya dan Muamar Gadafi akan menemui nasib yang sama seperti Iraq dan Saddam Hussein?
Dalam kes Iraq, Negara tersebut diserang atas alasan mempunyai senjata pemusnah besar-besaran ( weapon of mass destruction) yang akhirnya didapati tidak berasas. Hasil penemuan ini diperolehi selapas beribu-ribu rakyat dan tentera Iraq terbunuh oleh  beberapa tentera Negara barat yang diketuai oleh US.

Walaubagaimanapun dalam kes Libya, Negara barat mempunyai justifikasi yang lebih ‘mudah’ kerana sebahagian rakyat Libya sendiri menentang perintah Muamar Gadafi. Marilah kita doakan saudara2 kita yang terbersalah di Libya selamat dan dilindungi dari segala kesusahan.

Jumaat, 18 Mac 2011

Terima Kasih perempuan tua....

Petang tadi aku ke Kuala Lumpur sebab ada hal. On the way kesana, aku berhenti di sebuah persimpangan traffic light. Lepas tu ada sebuah kereta berhenti disebelah aku . Drivernya perempuan tua dan sebelah dia lelaki tua jugak. Sebelum cerita ini menjadi lebih suspen..baik aku jelaskan awal-awal yang ini bukan cerita hantu :)

Perempuan tua tadi tunjuk2 kat arah aku dengan mulut dia muncung-muncung macam cakap " door".."door"...Rupenya pintu  kereta aku sebelah driver seat tak tutup rapat. Walaupun kereta aku ada signal lampu kalu pintu tak tutup rapat tapi aku tak sedar. Aku terus bukak dan tutup semula dan angkat tangan tanda terima kasih kepada perempuan tua tu. Lepas lampu hijau aku biar kereta dia jalan dulu dan aku ternampak sign pelekat - orang kurang upaya kat belakang kereta dia.

Sungguh baik hati perempuan tua tersebut. Terima kasih.

Rabu, 16 Mac 2011

Radiasi tak sampai ke Malaysia kot…

Sekarang nie semua orang tengah risau samada radiasi dari reactor nuclear Jepun yang bocor akibat tsunami baru-baru nie akan effect negara kita. Walaupun jarak antara Jepun dengan Malaysia (Sabah paling dekat ) lebih kurang 5000 km tapi macam biasalah, rakyat kita tetap risau jugak.

Ok gak perasaan risau tu , pada aku itu risau yang sihat. (Ada tak term tu?) . Walaubagaimanapun InsyaAllah aku rasa radiasi tu takkan  sampai ke negara kita sebab kadar kebocorannya tak seteruk macam tragedi Chernobyl dulu. Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, kecoh dalam tv dan suratkhabar pasal tradegi tersebut. Kesannya memang teruk. Ramai baby 2 di Ukraine yg dilahirkan cacat. Nauzubillah.

 Setakat nie apa yang berlaku kat Jepun rasanya tak seserius di Chernobyl tapi wajar pihak Jepun dan negara2 yang berdekatan berjaga2.

Apa ikhtibar yang Malaysia boleh belajar? Ok, kalo tak silap ada cadangan negara kita nak guna kuasa nuclear. Kuasa nuclear nie lebih jimat berbanding tenaga lain  so kalo nak buat jugak pastikan aspek keselamatan diberi keutamaan utama. Dan kalo nak buat2 buatlah jauh2 sikit dari kediaman manusia.

Isnin, 14 Mac 2011

Berita Harian buat lawak tak kena tempat


Berita Harian baru-baru ini telah memaparkan sebuah kartun (lihat diatas) yang kelihatan jelas "mempersenda" bencana tsunami yang melanda negara Jepun baru-baru ini.

Dalam keadaan negara tersebut sedang dalam keadaan dukacita dengan ramai rakyatnya yang mati akibat gempa dan tsunami, ada insan dan organisasi dinegara kita yang 'sepatutnya' kelihatan intelektual telah  mengeluarkan kartun seumpama ini. Apa nak jadilah ....

Kalau kumpulan Senario yang buat lawak bodoh macam nie aku takdelah pelik sangat walaupun aku tak setuju sebab mereka nie memang suka buat lawak bodoh. Tapi kalo sebuah akhbar utama tempatan buat camnie...entahlah...tak tau apa nak kata.

Berita Harian dah mohon maaf tapi aku rasa still tak cukup ...

Janganlah buat lawak camnie lagi ....

Karak- baru je puji KRU sekarang nak kutuk pulak...

First of all sebelum hangpa ingat blog nie macam blog movie review je sebenarnya hangpa silap..... Aku sebenornya tengah cuti so bila ada masa free dok tengok wayang and cd2 movie.

Baru-baru ini aku puji KRU sebab buat cite Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) tapi la nie aku nak 'balon' depa sebab ambil langkah kebelakang dengan buat cite hantu - 'Karak'.

KRU kata cite nie menelan belanja RM1.3 juta dan akan keluar panggung 26th May 2011. Citenya pasal lagenda sepanjang Karak Highway. Source: nst.com

Aku paling tak suka cite hantu sebab macam aku kata sebelum nie, cite hantu tak bagi apa2 faedah. Biasanya kalo aku pi tengok tv/movie aku nak tengok cite yang merangsang minda or merehatkan minda ( cite 2 lawak) but cite2hantu nie langsung tak merangsang minda atau merehatkan minda. Bikin stress adalah!

Cite2 hantu nie menyebabkan budak2 jadik takut. Orang besor pun sama. Pernah satu masa dulu staf aku takut nak naik lif sorang2 lepas waktu pejabat (5PM) sebab 'penangan' cite hantu Korea ke Jepun ( dah lupa). Kalo tak silap tajuk nya The Ring. Cite tu ada babak hantu dalam lif, jadi dia pun takut nak naik lif sorang2!

Bebalik kepada KRU. Awatlah hangpa buat cite hantu. Buatlah cite epik ke animasi ke, kan ke ok. Taulah sekarang nie tengah 'musim cite hantu' tapi hangpa jadik lah lain daripada lain.

Aku percaya selepas cite Karak nie, org2 Melayu akan jadi takut nak pi Karak atau ikut jalan lama kat Karak. Silap2 org Karak pun pakat pindah ramai2. Harga rumah dan property kat Karak jadi jatuh. Hehehe macam pakar ekonomi pulak aku ye.

Kalo tak silap aku, dulu masa takdak highway, Pekan Karak tu maju tapi bila dah ada highway pekan tu jadi pekan mati. Agaknya KRU cuba tarik perhatian balik kat Pekan tu kot? ..entahlah...

Anyway jangan harap aku nak tengok cite nie..bagi free pun tak mau.

The King's Speech - SiRaja England Yang Gagap!

The King's Speech


Aku tertarik nak tengok cite nie sebab cite nie banyak menang award baru 2 nie (Golden Globe dan Academy Awards). Aku google kat internet cite nie katanya cerita pasal seorang Raja England yang gagap. Disebabkan cite nie banyak menang award so aku pun belilah cd cite nie .

Lepas tengok cite nie akurasa citenya biasa je tapi mungkin sebab intellectual taste mat salleh tinggi so depa highly evaluate cite nie.

Cite nie aku rasa bajetnya takde lah besor sgt dan rasanya takdelah guna teknologi2 terkini dan hebat tapi sebab jalan cite die yg menarik dan simple buat ianya jadi menarik.

2 star untuk cite nie. Bebaloi kalo tengok cd, kalo tengok wayang rasanya tak bebaloi.

Hikayat Merong Mahawangsa ok tapi banyak pelakon kurus keding + boroi !

Semalam aku tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) kat Skudai, Johor. Apahal jauh sangat tengok sampai kat JB? sebabnya aku bercuti (cuti sekolah), so balik kampung mentua bersama keluarga.

Dah ber tahun aku tak tengok cerita melayu kat wayang tapi kali ni aku 'terpanggil' untuk tengok balik cerita melayu sebab aku rasa buat pertama kalinya (setelah berpuluh tahun) orang melayu mula buat cerita yang 'menarik' selain daripada cerita cinta2, cerita lawak bodoh, cerita syok sendiri dan lately cerita 2 seram.

Yang paling aku bosan sekali cerita seram sebab cerita macam nie tak merangsang atau merehatkan otak langsung. Lagi satu cerita2 macam nie buat orang melayu ( besor dan kecik) jadi penakut yang bukan2.

Orang putih dan bangsa lain jarang2 buat cerita nie sebab diorg tau tak merangsangkan kepala otak atau pun at least merehatkan otak ( melalui cerita2 lawak) tapi cerita seram nie menjadikan kita semakin kolot dan otak stress - sebab takut hantu - BODOHHHH

Anyway balik kepada (HMM). Aku pergi tengok sebab pertamanya aku minat jugak sejarah, jadi bila ada orang macam Yusry - KRU buat cite macam nie aku rasa bangga sebab walaupun dia bukan Profesor, tapi dia ada inisiatif nak buat cerita2 sejarah yang boleh merangsang minda.

Aku tak nak komen banyak mengenai cerita nie tapi aku bagi 3 star out of 5.

Perkara-perkara yang aku rasa perlu ditambahbaik untuk masa akan datang kalo nak buat cite2 macam nie ialah:-

i. pilihlah pelakon2 askar  tambahan yang badan sasa2 sikit!

- dalam HMM banyak  askar2 Garuda dan Merong yang kurus2 keding ( macam mat dadah) dan kalo yang besor perut buncit! apa la! kalo ya pun pakaikan lah diorg baju ..boleh lah cover sikit tulang2 yg timbul dan perut yang boroi.

Dalam cite tu askar2 Laksamana China dan Rom nampak gagah sebab diorg pakai uniform ( baju besi) so nampak segak sikit - walaupun badan diorg mungkin kurus dan boroi jugak!

ii. Babak berlawan tanpa senjata diorg mungkin boleh diperbaiki sebab kurang real kecuali bab tikam2 memang nampak real sebab nampak pisau tembus badan. Bab gaduh tanpa senjata boleh tiru macam cerita Thailand - ong-bak!

All in all..still an excellent effort by KRU and goverment! Way to go!